Friday, 9 March 2012

WARKAHKU BUAT KEKANDA..

Warkah cinta bersampulkan kerinduan...

Salam sayang buat kekanda nun di sana,

Rasanya seperti adinda ingin bersama awan untuk terbang kesana berada disisi kekanda saat ini..Sudah adinda khabarkan pada angin untuk menyampaikan salam rindu adinda untuk kekanda..Jadi,biarlah kali ini adinda meluahkan kerinduan melalui kata-kata diatas warkah ini..

Biarpun kita berjauhan,kekanda akan tetap dihati adinda..Di siang hari,bayangan kekanda sering bermain-main dimata..
Dimalam hari pula,adinda sering kali diburu mimpi bersama kekanda,membisikkan bibit-bibit cinta serta bersama-sama menyulam kasih..Alangkah indahnya kalau mimpi itu realiti..
Sesungguhnya,mimpi-mimpi yang menguliti adinda setiap malam mengindahkan malam hari adinda,walaupun tanpa cahaya suram bulan purnama,kerana sinar kasih kekanda sudah cukup untuk menerangi hati adinda..

Kalaulah kekanda itu laut,suara ombak kekanda pasti memecah sepi pantai rindu adinda dibalik karangan batu-batu dan ikan-ikan kecil yang berenang riang di dasarnya..Begitu adinda merindui suara gemersik kekanda yang bak buluh perindu..Ingin sekali adinda berada dipangkuan kekanda sambil kekanda mendendangkan lagu-lagu cinta..Ah,rindunya saat-saat begitu..

Duhai kekanda yang tiada gantinya dihati adinda,adinda akan terus menantikan waktu untuk kita bertemu semula..Biarlah keadaan menjauhkan kita tetapi cinta kita ikhlas yang telah kita bina selama ini telah menyatukan hati kita..
Ingatkah lagi janji kita?Hati kekanda hati dinda..Hati adinda hati kekanda..

Sampai disini sahaja..Rasanya sudah agak lama pena ini mencoretkan dan menari-nari diatas warkah putih ini,tangkal pengubat rindu sehingga kita bertentang mata semula..

Ikhlas daripada adinda yang sering merindui kekanda,
Jiwaku Rita..

~~8.10pm~~9/mac/2012~~

No comments:

Post a Comment