Sunday, 26 February 2012

~SENJA MENGUNDANG RINDU~

~SENJA MENGUNDANG RINDU~

Kalaulah pesanku 
~disampaikan sang bayu..
Pasti terketuk hatimu 
~oleh hadirnya bisikan syahdu..
Andaikan malam tak membenciku..
Pasti kian bertambah 
~alunan merdu kata rindu disukmamu..

Tapi sayangnya malam
~begitu mencemburui aku..
Hinggakan cepatnya ia menjemput
~senjaku berlalu dariku..
Seakan sang malam
~tak merestui kebahagian kau Dan aku..

Pada kata yg tak sempat
~ku jadikan Lagu untukmu..
Kini hilang dibawa senja yg hampir berlalu..
Pada rindu yg belum sempat untuk bertemu..
Kini rinduku hanya ditiup bayu..
Hingga sampai kehatimu..

~~~jiwakurita~~~

Friday, 24 February 2012

~MENGHAPUS RINDU~

‎~MENGHAPUS RINDU~

Bagaimana caranya kuhapus rindu ini..
Biar dadaku tidak terasa terseksa..
Bagaimana harus kupendam rindu ini..
Jika semakin lama jiwa kian meronta ..

Kalau saja kutahu dimana cara penghapus rindu..

Pasti akan kucari sampai bertemu..

Tetapi semestinya bukan bertemu dengan mu..

Yang ku mahu menghapus rinduku padamu..

Aku bencikan rindu ini..

Aku tidak mahu dia menyinggahi hati..

Seperti kuingin menghapus dirimu dlm diri..

Begitu juga aku ingin menghilangkan rindu yg tak

kuundang ini..

25/02/2012~JiwakuRita~2.48pm

DISIPLINKAN DIRI...


1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit
- Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Jangan Asyik Risau
– Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur
– Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang
– Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa
- Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
– Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti Keras
- Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

~SALAM KASIH DUHAI SANG HATI~

~SALAM KASIH DUHAI SANG HATI~

Bolehkah kumasuk ke pintu hati yg kau miliki..
Untuk ku rebah menghilangkan lelahnya hati..
Dapatkah kujamah sekeping hati yg kau punyai..
Untuk ku rasa secuil cinta kasih yg suci..

Jangan biarkan aku meraba dlm gelap yg sepi..
Tanpa cahaya,tanpa pelita yg menerangi..
Jangan biarkan aku ternanti-nanti..
Dalam cinta yg tak pasti akan kumiliki..

Izinkan kuketuk pintu hatimu dgn salam hati..
Dan membawa hadiah cinta yg aku miliki..
Terimalah ayat-ayat cinta yg sederhana ini..
Kuharap kau baca dan renungi direlung hati..

Assallammuallaikum duhai sang hati..
Salam sejahtera buat tuannya diri..
Bolehkan saya menetap disini..
Untuk saya dapat mengenal yg empunya diri..
Selamat malam,salam kasih duhai sang hati..

~~Jiwaku Rita~~

25/02/2012~~121.22pm

KELU TUK BERKATA..

KELU TUK BERKATA..

Seringkali ku resah bertemu dengan mu
Mungkin ada tersirat rindu dan cinta
Kita sama tak pernah melafazkannya
Kerna kau malu mungkin ku tak terima
Sebenarnya ku merindu
Bergelora dalam jiwa
Hanyalah tuhan yang tahu
Aku rindu padamu
Izinkan aku selami hatimu
Biar ku tahu apa yang kau pendamkan
Moga bersatu cinta kita
Tanpa curiga mengiring kasih
Biar hatiku dan hatimu
Jujur dan setia selamanya
Inginku miliki mu sepenuh hatiku
Seluruh jiwaku kau ingin ku sayangi
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanyalah luahan hati sanubariku....

~~JiwakuRita~~

25/02/2012~~11.35am

Thursday, 23 February 2012

~~CINTA~~

Jika ia sebuah CINTA
dia tak hanya MENDENGAR
melainkan sentiasa BERGETAR....
... 
jika ia sebuah CINTA
dia tak mungkin BUTA
melainkan sentiasa MELIHAT dan MERASAKAN apa yang kita rasakan....

jika ia sebuah CINTA
dia tak akan membuat kita SEDIH
melainkan sentiasa akan membuat kita BAHAGIA...

jika ia sebuah CINTA
dia tak hanya BERUCAP
melainkan sentiasa TULUS dari dalam HATI...

jika ia sebuah CINTA
dia hadir bukan kerana PERMINTAAN...
melainkan HADIR kerana KETENTUAN dan KATA HATI lah yang MENGHANTARNYA...

jika ia sebuah CINTA
dia hadir juga bukan kerana PAKSAAN
melainkan sentiasa HADIR kerana PENGORBANAN dan KESETIAAN....

~~JiwakuRita~~8.57am..24022012

ERTI SAHABAT...

....Assalammualaikum....

....10 Kunci Persahabatan.....

♥ Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

♥ Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

♥ Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

♥ Hargai pendapat satu sama lain.

♥ Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

♥ Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

♥ Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

♥ Belajar daripada satu sama lain.

♥ Jangan mengata di belakang kawan anda.

♥ Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

~~BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU~~


~~BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU~~

Bila rindu..
akan kusebut namamu..
membuat ubat kerinduan ku itu..
kerana sayang di hatiku..
ikatan sillaturrahim kemesraan terjalin..
jagalah hati dirimu itu..
indahkan juga keperibadianmu..
semakin sayang di hatiku..
engkau kekasih hati ku rindu..
siang dan malam kuingat dirimu..
tidak pernah terputus kecintaan di hatiku..
tetap kusayang kasih padamu..
kerana rindu sering hadir di hatiku..
merasa kemesraan kecintaan di hatiku..
keindahan hati merasai cinta rindumu itu..
begitu indah bila dirindu..
kerana kuingat kaulah sijantung hati ku itu..
jagailah hati dirimu itu..
sebagaimana kau kasih akan diriku..

begitulah kukasih dan sayang padamu..
teramat sayang cinta di hatiku...

~~JiwakuRita~~24/2/12 ~~8.47am..

~~SAATKU TERJAGA~~

SAATKU TERJAGA...

ku terjaga dari lena
ingin ku membisikkan padamu
seindah bicara kasihku
agar kau tahu
aku insan yang sentiasa
dihatimu..dilenamu..dijagamu
bertanpa halusnya kasihku padamu

ku tahu kau terlalu sayang padaku
seperti kau ucapkan..
oleh itu jagalah hatiku
jaga lah jiwaku
jagalah bicara mu
kerna aku selalu menjaga
bicara ku..
aku takut jiwamu terguris

aku insan biasa
punya hati dan jiwa
namun ku harus tahu
batasan nya..
terima kasih
atas kasih sayangmu..

♥ Jiwaku Rita ♥ 8.17am 240212

【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】

【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA...
♥ ^____^ ♥

JiwakuRita ~~24/2/12 8.33am

Wednesday, 22 February 2012

~~Seperti baru semalam kita berpisah~~

~~Seperti baru semalam kita berpisah~~

Seperti baru semalam kita berpisah..
Seperti baru semalam masih ada cerita indah..
Tak terasa waktu berganti arah..
Tak kuduga semua telah berubah..

Masih lagi terdengar suara manjamu ditelingaku..
Masih lagi mekar kenangan bersamamu..
Masih lagi tersimpan dirimu dihatiku..
Semua tentangmu masih lagi terbayang menggoda lamunanku..

Aku menyesal telah mengikuti keegoanku..
Sehingga katamu kumasukkan ditelinga kananku..
Dan kubuang jauh dari telinga kiriku..
Aku menyesal mengapa tak menuruti keinginanmu saat itu..

Sungguh aku menyesal menyanggupi perpisahan darimu..
Sekarang penyesalanku tak bermakna,kau sudah pergi dariku..
Andaikan saja waktu dapat kutakluk dan tunduk padaku..
Akan ku akur dgn segala kata dan pintamu..

OH TUHAN..
Apakah permintaan ku ini satu kemuskilan bagimu..
Jika sekiranya kuminta dia kau kembalikan padaku..
Apakah mungkin keajaiban datang padaku dari kekuasaanMU..
Jikalau doaku memohon KAU berikan dia sebagai jodoh hidup dan matiku..

♥ JiwakuRita ♥ 2.45am~~23/02/12

~~CINTA DAN AIRMATA~~

''Cinta dan air mata'' 

Sukarnya untuk kumengerti 

Gelora membakar menguris jiwa 

Disaat rindu membara dinyawa 

Cinta apakah ini? 

Melemaskan aku dengan air mata

Menyebakkan dadaku penuh siksa
Dan derita

Oh tuhan

Hapuskan air mataku

Bersama hamparan cinta yang kurasa

Hapuskan

Desiran rindu yang hebat melanda

Kerana aku tak mahu ternoda

Oleh rasa derita yang kurasa

Oh tuhan

Lepaskan aku dari sangkar cinta

Jauhkan aku dari lemas
Oleh titis air mata

Hentikan semuanya

Suratan atau kebetulan yang telah datang melanda

Biar aku tidak gentar
Hidup dalam badai asmara

Biar aku sendiri

Andai itu yang termulia
Untukku
~~~~ ♥ ♥ ♥ ~~~~
23/2/12  ~~2.48am ~~Jiwaku Rita~~

~~ADAKAH~~

23/2/12~~ 2.40am

KU MENCARI SESUATU...


~~MENANTI KHABARMU~~

~~MENANTI KHABARMU~~

Saatku memandang potretmu,
aku melihat sedalamnya matamu,
malah ku melihat jauh ke ulas bibirmu,
wajahmu aku tenung sepenuhnya hatiku,
memori indah kita terpasang dilayar mindaku.

kau tahu sayang,
tika itu yang ada hanya hujan air mata,
bila sesaat yang kau titipkan untukku,
aku simpan seperti sebulan yang berlalu,
sangat berharga kurasakan,
hanya bila kau memberi ruang berbicara denganku.

Dari hari ke hari,
saban waktu menanti khabarmu,
apa payahkah kau memberiku sedikit ketenangan?
apa susahkah dirimu memberikan aku sedikit kebahagiaan?
walau kau tahu betapa aku merindumu,
sejak mula kita bersama hingga kini,
tiada pernah merasa jemu mencintaimu.

Kau tahu sayang,
puas aku menaip aksara rindu padamu,
bersama lelehan hiba jiwaku,
inginku titipkan padamu di maya ini,
namun hatiku berbelah bagi,
tak mampu untukku lakukan itu,
kerna ku inginkan dirimu dihadapku,
katakan sejujurnya,
kerna aku terus....
menanti khabarmu.


23/2/2012~~~1.42am..
<3 JIWAKURITA <3

~SENYUM MEMBAWA DUKA~


~BAGAIMANA HARUS KUHILANGKAN DIRIMU DARI HATIKU~

~BAGAIMANA HARUS KUHILANGKAN DIRIMU DARI HATIKU~

Sang senja tak pernah berhenti menyapaku..
Menjamah hati dan meraba sekilas rindu..
Sang bayupun tak pernah bosan menerpa wajahku..
Meninggalkan kesan dgn rona bayang-bayangmu..

Sukar untuk kulupakan semua cerita indah tentangmu..
Payah kulepaskan dirimu yg begitu membelenggu...
Terikat kuat hidupku dikelilingi cintamu..
Tak bernafas hidupku tanpa melihat kau ada didekatku..

Kalau sebegini kuat rasa kasihku padamu..
Mengapa terputus ikatan antara kau dan aku..
Kalau sebesar ini rasa cintaku padamu..
Mengapa tidak kau menyedari hal itu..

Mengapa semua yg kulakukan selalu salah bagimu..
Hina sangatkah diriku ini dipandanganmu..
Mungkinkah harapanku hilang bersama kenangan darimu..
Mungkinkah ada insan lain kelak yg akan kau temu..
Melebihi rasa kasih sygku kini kepadamu..

23/2/12~~2.22am ...Jiwaku Rita...

Tuesday, 21 February 2012

KU INGINKAN KEBAHGIAAN.......

KU INGINKAN KEBAHGIAAN....

Malam ini ku ingin singkap rahsia hati..
Ku harap kali ini bukan satu illusi..
Bukan pula hanya sebuah mimpi..
Dan bukan juga menjadi mimpi ngeri tika nanti..

Khayalku tentangmu berharap tinggi..
Membina suatu perhubungan yg suci..
Kekal adalah harapanku dihati..
Bahagia itulah yg kucari-cari..

Janganlah kau derai tangisku nanti..
Janganlah kau calar hati insan lemah ini..
Cukuplah apa yg selama ini kualami..
Kuharap derita berakhir sampai disini..

Denganmu ku ingin bersama menduduki bumi..
Denganmu ku inginkan bahagia bersemi..
Dari mulai kini hingga akhir hayatku nanti..
Dari sejak cinta kita terpatri sampai nafas kita terhenti..

♥ Jiwaku Rita ♥

~~21/02/12~~5.38pm

Monday, 20 February 2012

~~PENANTIAN~~

~~PENANTIAN~~

Sesekali....puisiku berlagu pilu
Hati berbicara tanpa sepatah kata
Hanya mata pena melakar pelangi senja
Mengharap langit membiru
Sebelum malam menjadi kelam...

Biar yang datang 
Seindah awan dilangit biru
Semerdu suara ombak 
Membadai semarak cinta
Mengharap pada bicara
Seindah kata hatiku...
Namun....
Seandainya takdir sudah tertulis
Mengapa harus melawan arus

Duhai hati....
Tak usah dinanti cinta yang telah pergi 
Mengapa harus menyeksa diri
Bila hati sudah terluka...kecewa....

 Kerana yang tertera itu sudah nyata
Bercinta tak seharusnya memiliki....
~~JiwakuRita~~ 11.46am....20.02.12  



KUASA CINTA...

KUASA CINTA..

dan telah kau hadirkan senyuman saat luka menghampiriku
dan telah kau berikan arti kejujuran dengan setiap ucapanmu

Ku tak berharap kesempurnaan untuk semua cintaku
Kerana ku sadar dirikupun jauh dari segala bentuk kata sempurna
Ku tak berharap kecantikan untuk semua kasih sayangku
Kerana semua hanyalah bersifat sementara dan kan bersinar selamanya

Ku bangga akan kejujuran hatimu
Ku bangga untuk semua ketulusan hatimu
Sungguh dirimu membuatku mengerti erti dari semua kisahku
Betapa semua itu menjadi pelajaran berharga untuk masa depanku

Terima kasih cinta untuk senyum indahmu
Semoga inilah terakhir perahuku kan berlabuh
Bersandar dari sebentuk lelah tanganku mengayuh
Menuju keindahan didalam nyamannya dermaga hatimu....

~~ KU UCAPKAN SALAM ~~

~~ KU UCAPKAN SALAM ~~

Salam ku untuk semua
Tiada kata seindah bahasa
Untuk ku coretkan untukmu
hati resah gelisah
Entah mengapa jadinya

Hanya pada-Mu Ya Allah
Ku serahkan segalanya
Ketentuan-Mu jua yang ku rasakan
Kasih dan sayang-Mu ku impikan
Cinta sejati-Mu ku dambakan

Setiap detik dan ketika
Aku tetap menyebut nama-Mu
Agar cinta dan kasih-Mu
Ada bersama-samaku
Di saat aku sedih dan ketawa

Berilah padaku petunjuk
Ke jalan yang Kau Redhai... ♥

<3 Jiwaku Rita <3 4.05pm 200212

BACALAH HATIKU

Bacalah hatiku
Engkau akan menangis...

Dengarlah ceritaku
Engkau akan tersenyum...

Rasakan perjalananku
Engkau akan marah...

Lihatlah pikiranku
Engkau akan mengerti...

Mengertilah jiwaku...
Kau akan tahu...

Pasti suatu hari nanti............????

Sunday, 19 February 2012

♥ Ketika Hati Merindukanmu ♥

♥ Ketika Hati Merindukanmu ♥

Kenangan itu menumpuk menjadi catatan usang.
Hal yang telah lama ku lupakan.

Kini, lembar demi lembar ku buka perlahan.
Menyibak kisah kita yang terbenam. 

Ada bahagia tertera di situ.
Ada tangis dalam sendunya pilu.
Semua terangkum menjadi satu.

Semua tentangmu terpahat dengan megah...

Bertahta dalam jiwa.
Meski terhempas oleh perihnya luka.
Namun ia tak pernah sirna.

Dan ingatanku mengembalikan kenangan yang telah lalu.

Kisah diantara aku dan kamu.
Juga waktu yang telah merampas kebersamaan itu.

Terlelaplah sayang...
Dalam tidur panjang yang tengah kau jelang.

Meski tanganku tak mampu memeluk erat tubuhmu.

Akan selalu ku dekap engkau dalam lantunan doa-doa ku...

12.34pm...~~JiwakuRita~~

~~AKU AKAN TETAP TERSENYUM~~

~AKU AKAN TETAP TERSENYUM~

Cinta..
Kau pernah simpan cintamu dihatiku dan bahgia indah segala yg kurasa..

Rindu..
Perasaanku padamu yg berkecamuk berbaur rasa ingin bertemu..

Tangis..
Berderai air mataku antara bahagia dan pilu Yg berlapis-lapis..

Senyum..
Aku ukir tawa nipis didepanmu walau hakikat sedih yg kucium..

Luka..
Rasa ini yg kerap kau tumpahkan padaku betapa sakit kurasa..
Semuanya sudah kutelan menjadi makanan hidupku..
Namun aku tetap akan selalu tersenyum dihadapanmu..
Kerana aku tak mahu kau dan dunia mentertawakan kelemahanku..

Jika kini kau yg mencabik hatiku..
Mungkin kelak insan lain yg memberi penawar lukaku..
Walau sejuta kali luka merobek hatiku..
Aku tetap akan tersenyum kerana luka ini pasti kan hilang diubati waktu.. ♥♥♥

~~Jiwaku Rita~~20/2/12 10.10am

Friday, 17 February 2012

♥ PUISI UNTUK IBU ♥

Terima kasih ibu
kau ajari untuk sentiasa bersemangat dan sabar
kuat sepertimu
walau di mana ku berada

Ibu...
ku lahirkan puisi ini untukmu
ku tahu ibu tak mahu
ku mengikuti jejak langkahmu
Ibu mahu ku menjadi seorang yg bijak pandai
namun..
aku anakmu yang terpilih

Terima kasih ibu...
Ku doakan kesejahteraanmu
walau ku tahu
mungkin tidak selamanya
ku dapat bersamamu

Terima kasih ibu...
mengajarku erti menghormati
mengajarku erti kasih sayang
dan erti usaha tanpa lelah

Ibu....
walaupun anakanda jauh dari mata
namun di hati ibu tetap selamanya

Ibu...
tulusnya kasihmu..putihnya cintamu
tak termudah untuk kubalas jasa jasamu

Ibu...
terima kasih untuk kasihmu
semoga Allah memberikan
kesejahteraan , kebahagiaan , kesihatan
dalam hidupmu....
Sayang ibu selamanya....

♥JiwakuRita♥8.12am...
♥ SAHABAT SELAMANYA ♥

Padamu Tuhan 
ku panjat doa 
agar silaturahim 
bersatu dalam ukhwah
bukan hanya satu malam
tapi untuk selamanya

Padamu bulan bintang
kutebarkan suara hatiku
agar mereka mendengar
aku menyayangi sahabat sahabatku
selagi pun tidak bersua
cuma bicara tanpa suara
di alam maya
namun, ku kenal mereka
melalui gaya bahasa

Persahabatan ini suci
teguri aku jika aku silap
ajari aku jika aku khilaf
aku bukan malaikat
aku bukan nabi
aku jua insan biasa
adakala bicaraku mengundang amarah
adakala bicaraku mengundang tawa
namun ... sesungguhnya aku senang bersama kalian
sahabat selamanya...

♥ HIDUP PENUH CINTA ♥
DIRIKU BERKATA...

Takku-berkata ku-teguri lagi..
akan ku-mendiamkan diri..
tengok lakonan setiap hari..
suka hatiku ceria kini..
tetap sama diriku ini..
sepertimana yang dirimu kenali..

Penuh dengan bicara hati..
kasih di curah menyayangi..
seperti malam keindahan bintang berkerlipan..
tidak seperti keindahan pelangi..
keindahan cinta ku-ini..
laksana bulan mengambang penuh dimalam hari..
begitu indah kemesraan diberi..

Telah ku-bukti keindahan kasih sayangku..
masihkah terasa dihatimu..
begitu indah perhatianku itu..
telah ku-beri dirimu miliki..
merasai keindahan hati mencintai..
sungguh sayang kasih di hati..
adakah dirimu terasa rindu dihati..
sebagaimana kerinduan ku-ini..

Teramat sayang hatiku ini..
akan dirimu ku-cintai..
sepenuh hatiku menyayangi..
untuk dirimu ku-belai ku-manjai..
begitu indah hati mencintai..
untuk dirimu bersama ku-ini..
adakah cintaku kasihku di hargai...
kalau dihargai cerianya hatiku ini..
akan ku-letak bersama kekasih hati..

~~~Jiwaku Rita~~~ 5.58pm
♥ 17/02/2012 ♥

NUKILAN KEEMPAT....CERPENKU


NUKILAN KEEMPAT....KISAH INTAN BAIDURI...


SETELAH 10 TAHUN TIDAK MENDAPAT ZURIAT,TAUFIK MENIKAHI WANITA LAIN..
NAMUN,DISAAT ITULAH ISTERI PERTAMANYA DISAHKAN HAMIL..APA TINDAKKAN TAUFIK?


Setahun lebih menjalin kasih,Taufik akhirnya berjumpa ayah Baiduri,menerangkan keinginannya pada Baiduri dan sekaligus meminang Baiduri.
Pada mulanya ,ayah Baiduri keberatan ,tetapi setelah mendapat penjelasan dan berjanji tidak akan sia-siakan hidup Baiduri,akhirnya ayah Baiduri menerimanya dan dalam majlis yang sederhana,ayah Baiduri menikahkan Baiduri dengan Taufik...


Sekarang,tanggungjawab Taufik bertambah.Dia tidak boleh buat sesuka hatinya pada Baiduri..Apa pun terjadi ,dia tidak akan meninggalkan Baiduri kecuali nyawa berpisah dari badan..Kerana itu jugalah,dia telah menyediakan sedikit sebanyak keperluan hidup untuk Baiduri..
Kalau apa-apa terjadi padanya,baiduri ada dahan tempat berteduh bergantung dan ada wang untuk menyara hidupnya dan mungkin anak yang bakal dilahirkan..Mudah-mudahan Baiduri cepat-cepat memberikan Taufik zuriat...


Lima bulan kemudian .......jeng jeng jeng........
Apa yang diharapkanTaufik menjadi kenyataan...Ketika kandungan Intan berusia enam bulan,Baiduri pula hamil lima bulan...Gembira sungguh Taufik...Doanya siang malam agar semuanya selamat...Tetapi siapa pun tidak dapat menduga apa yang telah ditakdirkan...
Semasa membuat pemeriksaan imbasan,doktor memberitahu Taufik dan Intan bahawa bayi dalam kandungan Intan tidak bernyawa...Mesti dilahirkan dengan segera supaya tidak membahayakan Intan...Intan hampir pengsan ,tidak dapat menerima kenyataan itu..Dalam keadaan tertekan dia melihat bayi comelnya lemah longlai tidak bernyaawa lagi...
Intan meraung sekuat hatinya sehingga terpaksa disuntik supaya dapat ditenangkan fikirannya...
Taufik terpaksa melupakan dulu tugasnya soal kerja di Bangkok ...Dia hubungi Baiduri dan memberitahu,buat sementara waktu,dia tidak boleh ke Bangkok....


Sesuatu yang diluar jangkaan pula berlaku dan ianya lebih memeranjatkan Taufik apabila doktor memberitahu Intan tidak boleh hamil lagi ,rahim Intan terpaksa dikeluarkan kerana diserang barah..


Sesungguhnya segala kegembiraan yang dirasakan Taufik selama beberapa bulan itu lenyap semuanya..Dia terpaksa membuat pilihan mana satu yang patut diutamakan....
Intan atau Baiduri ..Baginya kedua-duanya amat penting dalam hidupnya ....
Dia tidak boleh tinggalkan Intan berhadapan dengan penyakit barahnya itu sendirian dan dipihak lain,dia juga tidak boleh tinggalkan Baiduri begitu saja...
Baiduri perlukan sokongannya kerana dia tidak mahu Baiduri menaruh prasangka buruk padanya...
Doktor menasihatkan Taufik ,dalam masa dua bulan ,Intan mesti menjalani pembedahan ...
Masa yang sama kandungan Baiduri sudah tujuh bulan ...


Taufik mendongak ke langit melihat bulan yang sedang mengambang..Gelap rasa pandangannya..Bulan yang terang itu seperti malap dalam pandangan matanya...


Sesungguhnya takdir Allah tiada siapa menduga,begitulah Taufik harus redha menerima yang dia bakal kehilangan orang yang tersayang dalam hidupnya.........huhuhu..

Thursday, 16 February 2012


SAHABAT........

Aku ingin hidup secerah mentari pagi yang menyinari ditaman hatiku.
Aku ingin seriang kicauan burung yang terdengar di jendela kehidupan.
Aku inginkn Segala-galanya damai,penuh mesra membuahkan ceria.
Aku ingin menghapuskan duka dan lara melerai rindu di dalam dada.
Sedamai pantai yang memutih sebersih titisan embun pagi.
Dan Ukhuwah ini pasti berputik menghiasi taman kasih yang harmoni.
Seharum wangian 
Seindah ceria pelangi,
Segalanyakan bermula disini
Salam sayang untuk sahabatku semua......

DUHAI SAYANGKU.....

Duhai SAYANG..

Aku tiada terhenti mengingatimu..
Saat lena dan terjaga aku selalu memikirkanmu.. Terkumpul rindu penuh dikalbu..
Jemputlah rinduku bertamu ke hatimu..

SAYANG..
 Dimana pun kakiku berpijak seakan kau mengikuti langkahku..
Kemanapun ku ayunkan langkah bayangmu mengekoriku..
Setiap kurebahkan raga seperti kau ada disampingku..
Khayalku tentangmu teramat mengganggu jiwaku.. Betapa berat kasih yang kubawa meniti kini.. Betapa banyaknya rindu yang beselerak dibalik mimpi..
Berkali-kali kucuba tepis bayangmu tetap jua tak boleh pergi..
Menguntum kasihmu dilaman hati,senyum mu kini sedang kucari..
Selamat Pagi duhai kekasih yang kunanti..

 ~~JiwakuRita~~ 8.26am ~~17/02/2012

Khairul Idlan - Aku Yang Kau Panggil

Tuesday, 14 February 2012

SAYANG PUJAAN HATI..

~SAYANG PUJAAN HATI~

Malam ini ku untai..
Kata untukmu yg disana..
Sekian lama kuhitung perjalanan..
Waktu malam tika menjemput tiba..
Sekian lama juga kupendam rasa..
Rindu yg semakin bergelora..
Dan untuk kesekian kalinya pula..
Kutulis bait-bait rinduku dlm puisi CINTA..

SAYANG..
Sedang apa kau yg disana..
Malam ini gelap memudarkan mataku..
Tapi tak menghalang hasratku menyampai kata..
Walau kataku tak begitu indah untuk kau baca..
Namun Cubalah kau imbas..
Dan renungkan isi maknanya..
Setelah itu beritahukan..
Padaku kesimpulan apa yg kini kurasa..

SAYANG..
Kau begitu tahu bahwa kau lah pujaan hatiku..
Kau juga tahu akan kasih sayang ini hanya untukmu..
Dan aku pun begitu walau kita berada jauh dan payah bertemu..
Namun takkan pernah rasa ini pudar walau ditelan waktu..
Percayalah kasih,Percayalah itu......

~~Jiwaku Rita~~10.55am

~TERIMA KASIH ATAS CINTAMU~



~TERIMA KASIH ATAS CINTAMU~

Kau ajarkan aku makna kasih dan sayang..
Kau jebak aku dengan kemesraan tak terbilang..
Sekerdip bintang-bintang menyaksikan bahagiaku..
Malam tersenyum melihat wajah riangku..

Kau teteskan cahaya cinta disukma..
Taman hatiku telah kau lingkari bunga harum semesta..
Hingga berserak keharumannya menembus seluruh jiwa raga..
Terima kasih atas cinta yg kau beri dan kini aku bahagia..
Aku menyayangimu duhai CINTA... ♥

♥ Jiwaku Rita ♥ 15/2/2012

CEMBURU LAGI

~ CEMBURU LAGI ~

Aku cemburu dengan setiap tepisan yang kau beri
Sewaktu kuhulur kata-kata merindu
Ternyata si bayu lebih mendahului menyapamu
Dan dijamu dengan tetamu yang baru
Aku kau ketepikan bersama sayu di mataku

Cemburuku berkepak di setiap bulan mengambang
Bias cahayanya kewajahmu bagaikan ratna yang indah
Pesonamu di nilai pada sudut pandang si dia
Aku di sini bagai si buta yang kehilangan arah
Gelap pandangan dalam menungkah rasa

Mengapa cemburuku sering meniti hari
Bait madahmu setiap detik seringku nanti
Tapi penantianku tak pernah kau ambil peduli
Bicaraku bagai semilir melintas di pelipis hatimu
Hanya Allah mengerti
Hanya Allah mengetahui
Walau dikau tidak peduli
Walau hatiku kau sakiti
Aku masih setia menantimu

mungkinkah engkau jemu padaku
Kerna cemburuku merantai gerakmu
Maafkan segala tingkahku
Ternyata semua itu berlaku
Kerna sayangku terlalu buatmu

~ Dari seseorang yang menyayangiku~ - 07/Feb/2012 - 12:50pm ~

~~Jiwaku Rita~~

AKU INGIN KAU TAHU.....


~AKU INGIN KAU TAHU~

Aku ingin kau tahu sedalam apa kasihku padamu..
Lebih dalam dari kasih mu padaku..
Aku ingin kau tahu sebesar apa sayang ku padamu..
Lebih besar dari apa yang terbayang dimindamu..

Engkau belahan hatiku yang menggelorakan lautan hatiku..
Engkau pujaan hatiku yang menggoncangkan rindu dikalbu..
Engkau segalanya yg tiada batas utk mencintaimu..
Tiada kehabisan senandung cinta ku untukmu..

Duhai kekasihku..
Sudahkah kau tahu betapa aku menyayangimu..
Begitulah rasa yang kini didalam hatiku..
Dan aku ingin kau tahu aku ingin kau menjadi milikku..


~~JiwakuRita~~15/2/2012

sayang mengertilah..

Sayang mengertilah....

Ada ketikanya insan yg kita sayang, 

membuatkan kita dalam keadaan teruji..
Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
membuatkan kita terkeliru...
Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
selalu membuatkan kita terluka..
Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
semakin membuatkan kita terkilan...
Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
membuat rasa sabar kita kian menipis...
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
mengguris hati kita hingga menitis airmata...
Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati... 

15/2/2012 10.20am..   ~~JiwakuRita~~

KETIKA HATI HAMBA MENANGIS....


KETIKA HATI HAMBA MENANGIS

KETIKA HATI HAMBA MENANGIS
================

YA ALLAH YA Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu...

YA ALLAH YA Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
KAU tetap mendengar rintihanku

padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi...

YA ALLAH YA Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
KAU beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan..

YA ALLAH YA Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
KAU berikan aku kekuatan
KAU tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai penyuluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

YA ALLAH..
Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku KAU terima...

AAMIIN YA ALLAH.....

 ~~Jiwaku Rita ~~   9.15pm 14/feb/2012

~~Saat Kau Pergi~~


~~Saat Kau Pergi~~

~~Saat Kau Pergi~~

Jujur aku tak rela.
Melepasmu dari hidupku.
Begitu banyak cerita cinta kita.
Begitu banyak kenangan warnai hariku.

Kau yg terindah.
Ku mencintaimu setulus hati.
Ku setia hanya padamu.
Selalu dlm detikkan waktu.
Ingin bersama habiskan hari.

Apalah hendak dikata.
Takdir memisahkan kita.
Kau putuskan cinta.
Pergi menjauh tanpa ku mengerti.

Kini aku sendiri.
Tanpa cintamu.
Tanpa kehadiranmu di sisiku.
Terasa hampa hidupku.
Saat sadar kau telah pergi...

~~Jiwaku Rita~~

14/2/2012 8.02PM