~AKU AKAN TETAP TERSENYUM~
Cinta..
Kau pernah simpan cintamu dihatiku dan bahgia indah segala yg kurasa..
Rindu..
Perasaanku padamu yg berkecamuk berbaur rasa ingin bertemu..
Tangis..
Berderai air mataku antara bahagia dan pilu Yg berlapis-lapis..
Senyum..
Aku ukir tawa nipis didepanmu walau hakikat sedih yg kucium..
Luka..
Rasa ini yg kerap kau tumpahkan padaku betapa sakit kurasa..
Semuanya sudah kutelan menjadi makanan hidupku..
Namun aku tetap akan selalu tersenyum dihadapanmu..
Kerana aku tak mahu kau dan dunia mentertawakan kelemahanku..
Jika kini kau yg mencabik hatiku..
Mungkin kelak insan lain yg memberi penawar lukaku..
Walau sejuta kali luka merobek hatiku..
Aku tetap akan tersenyum kerana luka ini pasti kan hilang diubati waktu.. ♥♥♥
~~Jiwaku Rita~~20/2/12 10.10am
No comments:
Post a Comment