SETELAH 10 TAHUN TIDAK MENDAPAT ZURIAT,TAUFIK MENIKAHI WANITA LAIN..
NAMUN,DISAAT ITULAH ISTERI PERTAMANYA DISAHKAN HAMIL..APA TINDAKKAN TAUFIK?
Taufik mula gelisah dan tak keharuan.Dia mulalah fikir apa akan terjadi jikalau Intan mendapat tahu bahawa suami yang disayanginya menduakan dia...tentu sekali Intan merasa amat sedih sekali dan Taufik tak sampai hati melihat isteri kesayangannya itu nanti menangis sedih dan apa-apa lah ....Tak dapat Taufik bayangkan nanti..."aduhhhh ku buntu memikirkannya!" Taufik bercakap sendiri....
"Ya Allah!Apakah ini semua ketentuan dari-Mu? Pernikahan aku dengan Baiduri memberkan semacam mukjizat? Intan mengandung setelah aku mengkhinati kepercayaan dan cintanya pada aku?"
Soalan yang tidak dapat dijawabnya..Sehingga seminggu lamanya dia seperti hilang haluan.Balik rumah,lihat wajah Intan,dia tertekan.Rasa bersalahnya membuat layanan Intan padanya seperti tidak bererti..Bukan tidak suka,tapi takut..
Di pejabat pula,pesanan ringkas Baiduri menambahkan lagi bebanan fikiran dan perasaannya..
"Itulah ..Buat apa-apa tak mahu bincang dulu.Sekarang,padan muka kau..Kau nak suruh aku dengan ayah kau buat apa?"marah si ibunya Taufik..
"Biarlah dulu mak.Fik rasa belum masanya Fik beritahu Intan.Nantilah.Tunggu sampai kandungannya sudah cukup kuat baru Fik beritahu..Atau mungkin biarkan saja masa menentukannya ..Lagipun mereka berdua berada di jarak yang jauh."
"Suka hati kaulah.Asalkan jangan Intan jadi mangsa sudah.Kesian dia,"keluh ibunya Taufik..
Taufik berjanji tak akan akan menyakitkan hati Intan.Itu janjinya.Walau apa pun,Intan adalah pilihannya..
Baiduri juga dia sayang,tapi kalau dia terpaksa memilih,bagaimana?
Taufik menggaru kepalanya yang tidak gatal.Baru terasa betapa binggungnya dia dengan anugerah Allah ini...siapa sangka,sekian lama menunggu tiba-tiba diberikan dua orang anak sekali..Mungkin tuah Baiduri hadir dalam nasibnya..Kalau itulah yang ditentukan Allah,Baiduri juga tidak bersalah dan tidak boleh diketepikan begitu saja..Baiduri sungguh tidak bersalah.Baiduri ikhlas menerimanya ketika dia melamar di Bangkok..
Baiduri adalah anak Pak Imam masjid di kawasan tempat tinggal mereka di bangkok..
Ibu dan ayahnya membuka restoran untuk orang-orang Islam,khasnya untuk pelancong Islam..Di restoran itulah Taufik kerap makan apabila dia bertugas di Bangkok.
Dia juga pernah membawa Intan ke situ kalau Intan ikut sama..Tapi sejak kebelakangan ini,Intan tidak mahu lagi ikut sama, katanya dia jelak dengan makanan dan lauk-lauk yang sama.Intan berasa bosan kalau suaminya Taufik sedang bekerja Intan harus tinggal di bilik hotel atau bershopping sorang-sorang..Sejak itu Intan tak pernah ikut lagi...
Kelembutan dan keramahan Baiduri melayan dia sebagai pelanggan,membuat hatinya terpaut dan senang melihat wajah ayu itu...Semenjak jatuh hati pada Baiduri,Taufik sudah tidak bawa Intan ke situ lagi apabila tiba-tiba Intan ingin ikut serta..Bermacam-macam alasan Taufik beri pada Intan..
Intan pun akur kata-kata suaminya dan taat kerana Intan percaya suaminya tak akan curang padanya..........Aduhaiiiiiiii
No comments:
Post a Comment