SETELAH 10 TAHUN TIDAK MENDAPAT ZURIAT,TAUFIK MENIKAHI WANITA LAIN..
NAMUN,DISAAT ITULAH ISTERI PERTAMANYA DISAHKAN HAMIL..APA TINDAKKAN TAUFIK?
Lima bulan yang lalu...."Tahniah awak hamil"kata doktor Susan..."Saya tak salah dengar ke doktor?"dia bertanya doktor separuh terkejut..
"Buat apa saya nak bohong.Ujian air kencing awak ni,positif,awak mengandung.Itulah sebabnya awak pening-pening dan loya.macam nak muntah.Saya pun mulanya fikir awak kena gastrik flu atau demam,"jelas doktor Susan lagi.
"Tapi doktor,dah hampir 10 tahun,saya tak yakin saya ni boleh mengandung,"dia masih binggung.Wajah kehairanannya masih terpancar.Ragu-ragu dia dengan berita itu..
"Ini semua bukan kerja kita.kerja Tuhan.Yang penting sekarang,awak mesti jaga kandungan awak.Usianya baru enam minggu.Lebih-lebih lagi dengan faktor usia awak.Jadi,awak mesti rajin makan vitamin yang akan saya beri.Banyak-banyak rehat.Jangan buat kerja berat.Tenangkan fikiran,jangan stress,"nasihat doktor Susan.
Intan pulang ke rumah dengan keadaan tidak tentu arah.Hairan.Gembira.Binggung..
Sampai dirumah dia terus baring di sofa..Tiba-tiba dia sedar.Dia sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah itu.Memang selama ini dia dan Taufik mengharapkan cahaya mata..Seorang pun jadilah..Buat penghibur dan semarakkan suasana rumah dengan tangisan dan hilai tawa kanak-kanak...
Kini harapannya itu telah tercapai..Dia berjanji malam nanti nak khabarkan berita gembira pada Taufik suaminya..
Sudah dua hari Taufik di Bangkok atas urusan perniagaannya..Itu bukan perkara baru bagi Intan..Setiap bulan dia terpaksa kesana kerana syarikatnya menyerahkan tugas kepada Taufik untuk menguruskan perniagaan disana..
Intan sudah biasa dan menerima segalanya dengan ikhlas,kerana mereka ingin membina masa depan yang cemerlang dan punya taraf hidup yang lebih baik.
Pernah juga dia mengikut Taufik sekali-sekala,tapi lama-lama dia bosan.Terperap dalam hotel atau membeli -belah..Jadi,biarlah Taufik saja berurusan dengan tugasnya.
Intan percaya ,Taufik tidak akan membuat sesuatu yang menyakitkan hatinya..
"Tak apalah abang .Intan malaslah..Lagi pun abang pergi dua hari saja kan ?"jawabnya dengan senyuman yang ikhlas ketika Taufik mengajaknya ikut sama ke Bangkok dua hari yang lalu..
Sememangnya beberapa hari kebelakangan ini Intan rasa malas dan badannya cepat letih.Dia sendiri tidak tahu sehinggalah ibunya menasihatkan Intan agar pergi berjumpa doktor dan itulah berita yang disampaikan doktor..Berita itu mesti di sampaikan pada Taufik suaminya apabila pulang petang nanti..Taufik mesti gembira.Dia yakin..Sudah lama suaminya menanti untuk mendapatkan anak,seorang pun jadilah ..Sepuluh tahun bukan masa yang singkat ianya suatu masa yang lama...Intan dan suaminya menanti...aduhaiiiiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment