Tuesday, 14 February 2012

NUKILAN KEDUA....CERPENKU...

NUKILAN KEDUA....KISAH INTAN BAIDURI...

SETELAH 10 TAHUN TIDAK MENDAPAT ZURIAT,TAUFIK MENIKAHI WANITA LAIN..
NAMUN,DISAAT ITULAH ISTERI PERTAMANYA DISAHKAN HAMIL..APA TINDAKKAN TAUFIK?
Siapa sangka,berita yang akan disampaikan pada Taufik malam itu belum pasti menggembirakan Taufik..Intan tidak tahu,ketika doktor memberitahu tentang kehamilannya,masa itu jugalah Taufik baru dinikahkan dengan Baiduri oleh bapa Baiduri sendiri di masjid di Bangkok..
Keputusan Taufik untuk bernikah lagi kerana dia sayangkan Baiduri yang selama ini banyak menjaga makan minumnya ketika dia berada di Bangkok..
Lagi pula,takkan Intan semuanya itu kerana Baiduri menetap di 



Bangkok bersama keluarganya..Dan yang paling penting Taufik mahukan Baiduri melahirkan zuriat untuknya..
Malam itu ,selepas makan malam dan berehat dibilik bersama Intan,Taufik terasa sesuatu yang tidak selesa..Dia berasa seperti berdosa pada Intan isterinya itu..
Dia cintakan Intan sepenuh hati biarpun Intan tidak dapat melahirkan anak ...
Sepuluh tahun usia perkahwinannya bersama Intan ,tiba-tiba dia mengkhianati Intan isterinya yang setia..Apakah segala yang berlaku memang sudah ketentuan Allah?
Apakah dengan bernikah lagi ,cintanya pada Intan akan berkurangan?

"Bang !Dah tidur?"suara Intan mengganggu ketidakselesaan suaminya Taufik.
"Belum lagi.Intan dah nak tidur?" jawabnya lembut tapi ada nada bersalah..
"Kalau abang belum tidur Intan nak cakap sesuatu .Boleh ?"bertambah manja rentak suaranya ..
"Ya Allah! Jangan-jangan dia tahu .Habislah aku malam ni," berkata Taufik dalam hati..
Sebenarnya bang,Intan cuma nak tahu,kalau-kalau abang gembira mendengar berita yang akan Intan sampaikan ini,"semakin serius suara Intan..

"Ah apa dia? Cakaplah..Abang memang nak dengar.Tak sabar lagilah," jawab Taufik pura-pura suka..Tapi dalam hatinya Allah saja yang tahu..
Intan pun mula berbicara dan Intan beritahu Taufik apa yang berlaku pada dirinya..
Taufik seperti tidak percaya ..
"Betul ni Intan ?Alhamdulillah ..Syukur pada Allah.Akhirnya Intan mengandung juga,"Taufik memeluk Intan erat ..Lupa sekejap kebimbangan yang ditanggungnya tadi..Pelukkannya pada Intan tidak dilepaskan sehingga kedua-duanya tertidur lena..

Pagi itu,selepas sarapan,Taufik bergegas ke pejabatnya..Dia terlalu suka,entah berapa kali dia mengucup dan memeluk Intan isterinya itu..
Apabila tiba dipejabatnya dia terima pesanan ringkas daripada Baiduri berbunyi :Selamat pagi abang..Jaga diri baik-baik..Salam sayang daripada Duri..
Masa itulah baru Taufik tersedar ..Terduduk dia dikerusinya..
Tiba-tiba dia dihantui perasaan yang tidak karuan ..."adussss kepala ku pusing memikirkannya pada siapa ingin ku mengadu," kata dalam hatinya........

No comments:

Post a Comment